My Feeling.


Woots, long time didnt update my blog..too too too many things happen to me lately...
only blog i can express my feeling..
Peristiwa yang paling menyedihkan dalam hidup aku, papa.papa dah tak ada lagi untuk selama lamanya.
Sampai sekarang,aku masih tak boleh terima kenyataan yang papa dah takda lagi tuk selama lamanya.Tarikh Keramat dlm hidup aku ialah 13 august 2010.Haritu,aku tengah tengok movie phobia dgn kakak and anty.Tengah2 best tengok,tiba2,sis dapat call.That time tak tau sape yg call.The way my sis ckp phone time tu,hati aku gelisah,badanku menggeletar.Afta dia letak je phone,dia nangis gila2..omg!Bila tanya kenapa,dia nangis je.Last2 dia ckp,papa dah tak ada..ya allah,aku menangis mcm org gila.meronta ronta.tampar pipi aku supaya aku rasa itu semua mimpi.Tp ternyata tidak.Hati aku terlampau sedih,pilu sangat2.Bila tanya sis mcm mana papa meninggal.Dia bgtau,papa jatuh katil and meninggal.Sehari sebelum tu,rumah kena potong electric.Aku call papa banyak kali,dia xangkat.Then aku sms dia suruh dia angkat.Afta that,dia call.Aku ckp rmh xda electric.Aku sorg je kt rmh that time.Suruh dia bayar electric.Then papa ckp,dia xsihat,dia demam dah 2 hari.Tiba2 hati aku rasa mcm xtenteram.aku srh dia pegi clinic.jumpa doctor.Dia ckp nanti2 je.Dia nak rest kat rmh.Hari tu jugak,dia gagahkan diri pergi bayar bil electric.Itulah kali terakhir aku dapat bercakap dgn dia.Hari terkahir aku jumpa dia pada 7 august 2010.Haritu,aku pergi makan dgn dia dgn sis.Dia nak belanja aku makan sempena birthday aku.Dia excited sangat masa tu.Aku boleh lihat muka dia betapa happynya dia masa tu.Masa makan dgn papa,dia memang xbanyak bercakap.Dia banyak diam je.Selama ni,kalau kuar makan,mesti dia akan bercakap je.Tapi hrtu dia xbnyk bercakap.Itulah kali terakhir aku dapat jumpa papa.

Ya allah, aku masih xpercaya yang papa dah tak ada lagi.Masa papa pergi untuk selama lamanya, mama pulak kat mekkah masa tu.Betapa beratnya dugaan aku masa tu.Malam papa meninggal tu,aku selongkar almari mama.Keluarkan semua baju.Cari baju kurung aku.Aku dah mcm org gila msa tu.Then kitorang terus je pergi bangi.Rumah papa.sampai je depan rumah papa,aku tengok  ramai org.aku melulu masuk dalam rumah.Walaupun ada org tanya aku anak papa masa tu,aku buat bodoh.Langsung xlayan.Masuk je rumah papa,Ya Allah,aku lihat sekujur tubuh papa terbaring kaku.Badan aku lemah longlai masa tu.Aku xsangka yang papa memang dah takda tuk selamnya.Aku menangis gila2,peluk kakak aku.Kenapa begitu cepat papa pergi.Aku tau ini takdir.Ajal ada di tangan Allah.Tapi aku manusia biasa.Aku xtahan sgt2.Aku menangis teresak esak.Pergi ambik air sembahyang and bacakan yassin depan papa.Sebelum papa meninggal,papa dh 2 hari demam.and papa sesak nafas.Tak sangka,papa jatuh katil and terus meninggal.Then family aku pun dtg malam tu,aku terus peluk dorg,menangis dekat diorang.Then aku balik rumah since jenazah papa dihantar ke hospital untuk buat post mortem.Pagi tu,aku pergi hospital untuk tuntut mayat papa.Aku sempat masuk bilik mayat dan aku lihat papa.Hati aku sayu melihat muka papa.muka papa mcm papa tgh tidur je.Masa tunggu jenazah papa post mortem,pembantu papa,org yg kerja dgn papa cerita pasal papa dekat kitorang.Seminggu sebelum papa meninggal,papa selalu sangat sebut nama aku dgn kaklong.Dia cakap,dia nak bwk kitorang pergi bercuti.Then dia ckp nk ajak g genting sbb dah lama xbwk kitorang g genting.Sehari sebelum papa meninggal,dia nak bawak kitorang buka puasa kat golden palace hotel.But papa demam masa tu,so,ingatkan hari lain je.Hasil post mortem mengatakan papa kena heart attack..jantung papa dah bengkak beberapa hari.Sebab tu papa sesak nafas.

Selepas papa dh post mortem,jenazah papa dibawa ke surau dekat dgn kwsn rumah papa.Aku naik sekali van jenazah papa.Hati aku hiba sangat masa tu.Papa dimandikan dan aku turut mandikan papa.Papa dikapankan dan disembahyangkan.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar.Syukur,ramai sangat yg dtg masa tu.Selepas papa disembahyangkan,kitorang diberi peluang kali terakhir untuk cium wajah papa dan tatap wajah papa.Akulah orang pertama yang cium wajah papa.Muka papa sejuk sangat masa tu.Kemudian papa dibawa ke kubur untuk dikebumikan.Itulah kali terakhir aku dpt lihat papa di dunia ini.Malam tu,buat tahlil then malam tu,aku tdo rmh papa dgn kakak n nenek aku.Aku tidur bilik papa.Katil papa.Aku lihat semua barang papa.And darah papa masih ada kat lantai sebab papa jatuh tersembam.Hati aku pedih sgt lihat darah papa.Aku bukak almari papa semua.Aku ambik baju papa 2 helai,cincin kesayangan papa and hp yang dia belikan untuk aku dlu.aku ambk n simpan.


Hati aku masih sedih,xdapat terima kenyataan sampai sekarang.seminggu lebih afta papa meninggal,mama balik dr mekkah.Aku terus peluk mama,menangis dekat mama,kongsi kesedihan aku dgn mama.Aku sangat sayangkan papa.Dia lah satu satunya papa aku di dunia ini.Aku tau dia sgt2 sayangkan aku dgn kakak aku.Kenapa susah sgt untuk aku terima kenyataan yang papa dah pergi untuk selama lamanya.Aku tau kerana kesedihan aku,aku lukai beberapa org.Aku xbermaksud untuk lukakan hati mereka.Tetapi,aku xdapat tahan kesedihan dlm diri aku ni.

Papa adalah seorang ayah yang baik,bertanggungjawab.Aku masih ingat lagi hari pelantikan aku sebagai ketua pengawas.Aku suruh dia belikan aku hadiah and bagi masa aku diberi jawatan tu.And yes,he bought me present.Dia belikan aku jam.Dia bangga anak dia jd ketua pengawas.And 1 more,hari graduation aku,dia cium pipi aku masa aku kat pentas.Ni semua peristiwa yang xdapat aku lupakan.Papa,maafkan baby.jam yang papa bg tu,dah xada dekat baby lg.jam tu org yg baby benci dh ambk jam tu.Dia nak pakai jam tu and sampai sekarang,dia mmg xpernah nk pulangkan walaupun baby ada mntk dlu.Maafkan baby pa.

Walaupun sebelum2 ni baby ketandusan kasih sayang papa sbb papa xduduk dgn baby,tapi baby tetap rasa sayang papa dekat baby.Papa xpernah abaikan baby dgn kaklong.Apa yang baby mintak semua papa bagi.Masa  papa ada,baby dengan senang lenang belanja.Senang lenang kuar duit,shopping,beli ini itu.Tapi sekarang,dah xkan ada mcm tu lg.Everything now kaklong tanggung baby dgn mama pa.Insyallah,baby akan cari kerja part time untuk duit belanja sendiri.Insyallah,baby akan kekalkan cgpa baby supaya baby xpyh bayar balik loan yg baby pinjam.Insyallah.


Aku jarang luahkan perasaan aku dekat kakak aku.Aku tau dia akan bertambah sedih kalau aku nangis kat dia.So,the better is,aku kunci pintu bilik every nite,menangis and peluk cium baju papa.Itulah yang aku lakukan eveyday utk lepaskan rndu dekat papa.Ada masa terluang je weekend,aku dgn sis akan pergi kubur papa.Itu cara kurangkan rndu dekat papa.

Sorry kalau tulis everythng pasal papa kat sini.Ini je cara baby luahkan perasaan baby.
To everyone yang baca,thanks for reading my feeling..Daaa










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "My Feeling."

Post a Comment

Copyright 2009 my truth life
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates